MATLAMAT
Matlamat persatuan
Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi warga
sekolah yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi,
imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kokurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
OBJEKTIF
Persatuan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan
untuk
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses
penghasilan karya seni
visual,
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,
inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya,
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik
dan teknologi untuk
mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan
penilaian terhadap karya
seni visual,
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains,
teknologi dan mata
pelajaran lain,
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh
seni visual dalam
konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek
kerjaya,
9. menyedari dan menghargai suasana seni dalam
persekitaran dan kaitan
dengan keselesaan hidup, dan
10. membina jati diri ke arah
pembentukan negara bangsa.
No comments:
Post a Comment